Pages
Wednesday, November 16, 2011
KEHILANGAN NENEK TERCINTA
Friday, November 11, 2011
Jangan tegur kanak² atau baby selepas balik dr ziarah org meninggal
Cerita ni aku dapat dr atieserina...semoga jd teladan kepada semua...
Ni aku dapat dari kwn aku n aku rasa aku patut share ngan korang² sume..
Sama-sama la kita ingat-mengingatkan..
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan suami mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Saturday, November 5, 2011
15 TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA
Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah
1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR

HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2.BANGLO MONA FANDEY

Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya.
3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU

Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus.
4.LEBUHRAYA KARAK

Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa.
5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU

Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu.
6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND

Sebuah apartment usang yg sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
antara tempat2 lain ialah:
7.GEORGETOWN,PENANG
8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH
9.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK
10.VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR
11.LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK
12.POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR
13.PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR
14.KELLIE'S CASTLE,PERAK
15.PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR
Wednesday, September 21, 2011
Wednesday, September 7, 2011
Friday, August 26, 2011
BERAMAL PADA BULAN YANG MULIA
Salam ramadhan kepada semua..amacam puasa korang tahun ni? OK? Hopefully berjalan lancar n penuh la ye...Pada bulan yg mulia ni...di samping berpuasa sahaja kita juga digalakkan membuat amal kebajikan kepada golongan yg kurang mampu...
Sape2 yg tinggal dekat Shah Alam tu boleh la menderma dekat Rumah Aman...ala yg dekat seksyen 2 tu..dekat dgn skolah menengah tu..ingat lg masa zaman sekolah dulu..masuk kelab interact..kitaorang gotong-royong membersihkan kawasan Rumah Aman tu..sedekah sikit barang keperluan harian untuk mereka...di samping itu kitaorang juga dpt berkenalan dengan anak2 di Rumah Aman tersebut..
Ok..TLC ade membuat kempen untuk membantu anak2 di Rumah Aman tersebut..mereka membantu mereka mencari dana untuk membaiki keadaan rumah tersebut...seperti membetulkan wiring di rumah tersebut...Aku phm...rumah tu mmg dah lama gila la...so mmg patut di perbaharui

Ni gambar kawasan luar Rumah Aman tu...cantik kn...
Ni suasana dalam Rumah Aman ...
Ni bilik belajar anak2 Rumah Aman...dengan sumbangan anda...dapat menambahkan lg bahan bacaan dalam bilik ini...
Kalau korang nak bg sumbangan...ade beberapa cara...
1) Online Banking...Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank).
2)Via Milkadeal: Our sister company Milkadeal has generously offered to join us in fulfilling this pledge, and you can also donate via the deal at this page!
3)Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.







